Anugerah ini adalah berasaskan idea masyarakat penyayang, menyumbang kepada masyarakat melalui penyertaan aktiviti sosial, pelaksanaan tanggungjawab korporat sosial. Usahawan ini memberi sumbangan dan sokongan dalam pembentukan masyarakat penyayang, perlindungan alam sekitar, aktiviti kebajikan, budaya, golongan berkeperluan dan aspek yang lain. Melalui anugerah ini, usahawan dapat meningkatkan imej korporat di samping mendapat pengiktirafan daripada khalayak umum.

Merujuk kepada ideologi, modul-modul dan pengalaman kepakaran antarabangsa dan memikul tanggungjawab untuk merangsangkan inovasi korporat social, kami bekerjasama secara proaktif dengan jabatan kerajaan, usahawan, badan kebajikan, yayasan, universiti terkenal di peringkat antarabangsa dan institusi professional melalui latihan, rundingan , kerja penyelidikan dan lawatan, penerbitan, penilaian strategi untuk menyebarkan idealogi tanggungjawab sosial korporat dan ideologi pembangunan berterusan. Kami menyediakan platform yang bertaraf antarabangsa kepada usahawan untuk mendalami teori dalam bidang korporat sosial dan pelaburan, pelaksanaan yang berinnovasi, integrasi sumber dan sebagainya. Melalui perkhidmatan sokongan seperti kajian terhadap nilai, satu nilai kongsi sama dilahirkan untuk keharmonian and pembangunan mantap dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan alam sekitar.

visit us www.ymlm.org.my